suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Gempa Bumi Lemah Landa Sabah Setakat Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter berlaku pada 11.35 pagi Ahad, 16 km di timur laut Ranau, Sabah. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu adalah yang keempat di Sabah dalam tempoh empat jam sejak 7.35 pagi Ahad.

Dalam laporan terdahulunya, jabatan itu berkata gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku pada 7.35 pagi 25 km di tenggara Kota Belud.

Gegaran kedua pada 8.40 pagi berukuran 3.2 pada skala Richter pula dikesan berlaku 90 km di barat laut Labuan.

Gegaran ketiga pula dikesan pada 9.16 pagi di utara Ranau dengan kekuatan 2.7 pada skala Richter.


gempa lemah, Sabah

Artikel Lain