Pemerdagangan Manusia: Anggota Penguatkuasa Disyaki Terlibat - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Pemerdagangan Manusia: Anggota Penguatkuasa Disyaki Terlibat - Ahmad Zahid

Gambar keadaan kem pemerdagangan manusia berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Penemuan itu hasil 'Op Wawasan Khas JKDNKA 2015' oleh 300 anggota polis Komando VAT 69 dan Pasukan Gerak Am (PGA) dari 11 Mei hingga Sabtu lepas.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyaki penglibatan segelintir anggota penguatkuasa dalam kegiatan pemerdagangan manusia susulan penemuan kubur dipercayai warga asing di Padang Besar, Perlis pada Isnin.

Beliau berkata, segelintir anggota penguatkuasa bukan sahaja bekerjasama dengan rakyat tempatan tetapi mempunyai rangkaian antarabangsa di Thailand, Bangladesh dan Myanmar.

"Segelintir anggota penguatkuasa disyaki terlibat, tetapi kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan yang sepatutnya memantau kawasan tersebut termasuk sempadan Malaysia-Thailand.

"Bagaimanapun, saya perlu berbincang perkara tersebut dengan menteri berkaitan," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, setakat ini, polis masih menyiasat punca sebenar kematian pelarian tersebut.

"Kami tidak nafikan kemungkinan pelarian itu dibunuh," katanya.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz berdekatan  Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga menemui satu mayat yang hampir reput dan 28 khemah dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan  manusia yang ditinggalkan sejak beberapa bulan lalu.

Penemuan itu adalah susulan Op Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain