suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Helikopter: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Pakistan Dilapor Cedera

Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar bersama isterinya Datin Habibah Mahmud, beberapa jam sebelum nahas. Gambar dari Facebook Dr Hasrul Sani.
PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dilaporkan tercedera dalam kejadian helikopter terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat mengesahkan kejadian dan berkata beliau kini sedang dirawat di Hospital Gilgit.

Menurut kenyataan tersebut, isteri kepada Duta Besar Indonesia dan isteri Dr Hasrul Sani, Datin Habibah Mahmud, dilaporkan meninggal dunia.

Turut terkorban adalah Duta Besar Norway, Belanda dan  Filipina.

Helikopter tentera Pakistan tersebut sedang membawa diplomat-diplomat asing dan isteri mereka dalam rangka satu program rasmi kerajaan Pakistan.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang dalam usaha untuk mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian ini.

Artikel Lain