suria

67 Pelajar Malaysia Selamat Dibawa Keluar Dari Aden

ROMPIN: Seramai 67 rakyat Malaysia bersama pelajar Indonesia dan Thailand yang terperangkap di kawasan paling bergolak di Yaman iaitu Aden selamat tiba di Djibouti kira-kira 11 pagi Selasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kesemua mereka dalam keadaan selamat namun kepenatan setelah mengharungi perjalanan selama lebih 15 jam menaiki bot untuk ke wilayah berkenaan.

"Sebuah pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Djibouti semalam, telah bersiap sedia untuk menerbangkan pelajar ini ke Jeddah.

"Mereka ini akan dibawa pulang dari Jeddah ke tanah air dengan penerbangan komersial," katanya.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama kepimpinan empat peringkat Umno Bahagian Rompin di sini hari ini.

Yaman, Aden, Hishammuddin Tun Hussein

Artikel Sebelum

Artikel Lain