suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Miliki Dadah Untuk Dijual Cukupkan Wang Hantaran

Gambar hiasan.

KULIM: Seorang pekerja kilang memberi alasan memiliki dadah bagi dijual untuk mencukupkan wang hantaran perkahwinannya pada Ahad.

Pemuda berusia 22 tahun ini ditahan di Jalan Tunku Mohd Asaad di sini pada pukul 1 pagi Sabtu setelah memiliki 12.81 gram syabu di satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata, suspek yang menunggang motosikal didapati cuba mengelak sekatan itu menyebabkan pihak polis mengejarnya dan berjaya menahannya lebih 200 meter dari situ.

Beliau berkata, dadah tersebut ditemui dalam kasut suspek yang juga seorang penagih.

Suspek kemudiannya memberitahu polis pihak pengantin perempuan meminta wang hantaran RM8,300, katanya.

Nampaknya hasrat pemuda ini untuk naik pelamin tidak kesampaian apabila dia direman sehingga Rabu ini.

Artikel Lain