suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembatalan Projek Kidex Akan Dirujuk Kepada Kabinet - Fadillah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan merujuk kepada kabinet berhubung keputusan kerajaan Selangor membatalkan pembinaan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex).

Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia bertujuan mencari penyelesaian bagi perkara itu.

"Kementerian Kerja Raya berpendapat isu ini perlu diselesaikan menerusi perundingan dengan semua pihak untuk mencari pendekatan terbaik demi rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan pembatalan pembinaan projek itu semalam menjelaskan bahawa ia dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.

Antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar, katanya.

Ini dikatakan bagi membuktikan manfaat projek itu kepada pihak pengguna serta penduduk kawasan terlibat, setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuh raya berkenaan.

Kidex, Fadillah Yusof, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Lain