suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Anwar Adakan Himpunan Solidariti Di Luar Penjara Sungai Buloh

SUNGAI BULOH: Sekumpulan penyokong mengadakan himpunan solidariti di luar Penjara Sungai Buloh pada malam Rabu bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau. 

Hampir 150 penyokong berhimpun dengan memegang lilin yang dinyalakan di Jalan Harapan, di luar kompleks penjara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat akan meneruskan tanda bantahan dengan mengadakan himpunan nyalaan lilin pada setiap malam bagi menuntut pembebasan Anwar.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi, dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain