suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Masih Jadi MP Sehingga 23 Februari - Guan Eng

Anwar Ibrahim.

GEORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang sehingga 23 Februari ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, menurut Perlembagaan Persekutuan, lucut kelayakan seorang Ahli Parlimen hanya akan berkuat kuasa selepas 14 hari dari tarikh disabitkan bersalah.

"Jika Anwar memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, lucut kelayakan itu akan ditangguhkan sehingga pengampunan itu ditetapkan.

"Saya telah berbincang perkara ini dengan beliau (Anwar) semalam sebelum beliau masuk ke Penjara Sungai Buloh tetapi saya tidak akan mendedahkan butirannya," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Lim bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai rancangan Pakatan Rakyat terhadap piliharan raya kecil bagi kerusi parlimen Permatang Pauh.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi, dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.


Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain