suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liwat II: Kedutaan AS, Australia Keluarkan Kenyataan

PETALING JAYA: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan berhubung penolakan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan kes liwat keduanya.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman web, kedutaan itu  'kesal dan bimbang' dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Pihak berkenaan juga menyampaikan kepada pegawai Malaysia bahawa 'keadilan, ketelusan dan tindakan berasaskan undang-undang adalah penting untuk mewujudkan keyakinan kepada sistem perundangan dan demokrasi di Malaysia".

Selain itu, Kementerian Luar Australia turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama menerusi laman webnya dengan menyatakan pandangannya terhadap kerajaan Malaysia.

"Sebagai rakan kepada Malaysia, Australia menggalakkan kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan kesan daripada keputusan ini serta kedudukannya di peringkat antarabangsa serta komitmennya terhadap hak asasi manusia.

Artikel Lain