suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Maut Motosikal Dirempuh Kereta

ALOR SETAR: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Batu 3,Jalan Alor Setar-Sungai Petani, Tandop awal hari Rabu.   

Kejadian itu berlaku 3.30 pagi semasa Mohamad Azrul Abdul Razak, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Mohd Saman sedang dalam perjalanan ke kedai berhampiran untuk membeli makanan.

"Rempuhan kereta itu telah menyebabkan Mohamad Azrul terpelanting setinggi tiga meter sebelum jatuh di atas bumbung sebuah kedai runcit," kata Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan.

Katanya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.

Mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Telok Bagan, di sini pada 2 petang hari ini.-BERNAMA

Pelajar Maut

Artikel Lain