Jika Harga Bahan Mentah Turun, Nasi Kandar Nasmir Sedia Ubah Harga - Semasa | mStar

Jika Harga Bahan Mentah Turun, Nasi Kandar Nasmir Sedia Ubah Harga

BUKIT MERTAJAM: Pemilik rangkaian restoran nasi kandar Nasmir, Nasmir Holdings Sdn Bhd bersedia menurunkan harga minuman dan makanan direstorannya jika pembekal serta pemborong bahan mentah menurunkan harga bekalan makanan. 

Pengarah Urusannya Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata harga bahan api telah dua kali turun tetapi barangan mentah yang dibekalkan masih pada harga sama. 

"Pelanggan restoran bertanya sama ada harga minuman dan makanan diturunkan selepas harga bahan api turun, jawapan saya harga masih sama kerana kami tiada pilihan kerana pembekal tidak menurunkan harga bahan mentah. 

"Saya juga ada mengadakan pertemuan dengan 15 hingga 20 pemborong dan pembekal bagi membincangkan harga bahan mentah tetapi mereka tetap enggan menurunkan harga serta tiada jalan penyelesaian," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Kadhar Shah berkata beliau kecewa dengan tindakan pembekal dan pemborong kerana pada ketika harga bahan api naik dua kali dari Jun hingga Disember tahun lepas, mereka turut menaikkan harga bahan mentah sehingga 20 peratus.

Kadhar Shah berharap pemborong dan pembekal dapat mencari jalan penyelesaian untuk menurunkan harga barangan mentah demi kepentingan semua pihak terutama pengguna.

"Alasan mereka harga minyak naik tetapi apabila harga turun mereka enggan menurunkan harga bahan mentah. Ini bukan sahaja menyusahkan kami yang terlibat dengan industri makanan malah pengguna turut terbeban," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengadakan operasi bagi memastikan pihak pembekal dan pemborong menurunkan harga bahan mentah mereka.

"KPDNKK perlu turun padang dan buat sesuatu kepada pembekal dan pemborong supaya mereka juga menurunkan harga bahan mentah...ambil tindakan tegas jika mereka masih berdegil," katanya.

Nasi Kandar Nasmir

Artikel Berikut

Pelajar Maut Motosikal Dirempuh Kereta

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain