suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Mangsa Culik Dilapor Stabil

Kamarul Zaman Mamat

SEREMBAN: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menjadi mangsa culik bulan lepas dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kanak-kanak itu masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

"Kanak-kanak itu memberi reaksi positif. Namun kita masih menunggu laporan kimia untuk mengenal pasti jenis dadah yang diberikan (penculiknya) kepada mangsa.

"Hasil pemeriksaan pihak hospital, didapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu bersama 20 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di HTJ, Isnin.

Beliau berkata, polis bagaimanapun belum merakam keterangan mangsa dan keluarganya. "Kita tunggu dia selesai menerima rawatan dan keluar dari hospital terlebih dahulu, sebelum kita mengambil keterangan," kata Kamarul Zaman.

Polis menyelesaikan kes penculikan itu dengan menangkap enam suspek lelaki dalam dua serbuan di Port Dickson dan Subang, Selangor dua hari lalu.

Kanak-kanak itu diculik dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Maznah, Klang pada 2.10 pagi 22 Januari lepas, ketika mangsa sedang tidur bersama ibu dan adiknya.

Artikel Lain