suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Lelaki Ditahan Polis Dipercayai Miliki Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi terkenal era 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam  serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat di sini, awal pagi Rabu.

Serbuan pada 12.30 tengah malam itu dilakukan pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang, yang menemui satu bungkusan plastik  disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Hasil ujian air kencing mendapati penyanyi berusia 43 tahun itu positif dadah morfin, manakala teman wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan penyanyi dan teman wanitanya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta sama.

"Kami akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Ampang hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

penyanyi, dadah, Ampang, morfin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain