suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Siasat Lokasi Dua Video Klip Buli Pelajar Sekolah

Dua video klip aksi buli membabitkan pelajar sekolah berasrama tersebar di laman sosial.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti lokasi dua video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan pada Rabu berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit dalam dua klip video berkenaan.

"Pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

Manakala sebuah lagi klip video berdurasi enam minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.
video buli, Mohamad Fuzi Harun

Artikel Lain