suria

PDRM, CNB Singapura Gagal Cubaan Seludup Dadah RM5.2 Juta

Noor Rashid (dua dari kiri) bersama Mohd Mokhtar (kiri) melihat dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Johor, Rabu.
JOHOR BAHARU: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dan mengedar dadah bernilai RM5.2 juta di negeri ini termasuk yang dibawa menggunakan kontena menerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini.

Kejayaan itu adalah hasil penahanan tiga lelaki dalam beberapa serbuan di bandar raya ini Selasa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, serbuan terhadap dua lelaki tempatan dan seorang lelaki rakyat Singapura itu dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, bermula pukul 6 pagi.

"Daripada ketiga-tiga lelaki terbabit, polis merampas sejumlah 63,500 pil psikotropik dan 81 liter cecair disyaki dadah.

"Ekoran daripada penahanan itu, polis kemudian berjaya mengesan sebuah kontena di pelabuhan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Hadir sama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pengarah Biro Narkotik Pusat Singapura Ng Ser Song.

Noor Rashid berkata, polis kemudian memeriksa 360 kampit guni yang diisytihar mengandungi serbuk soda (soda ash) di dalam kontena tersebut dan menemui tiga kampit guni daripadanya yang mengandungi 150 kilogram ketamin dan 484 gram syabu.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis merampas dua kereta jenis Proton Exora dan Wira daripada ketiga-tiga lelaki yang berumur 41 tahun hingga 54 tahun itu.

Katanya, kesemua mereka kini direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil siasatan mendapati kontena itu dibawa masuk dari Karachi, Pakistan melalui pelabuhan berkenaan dan diisytiharkan membawa serbuk soda untuk kegunaan membuat barangan kaca dan cermin. 


Artikel Lain