suria

Kes Liwat II: Penyokong Hilang Kawalan, Cuba Rempuh Pagar

Anggota polis melakukan sekatan untuk menghalang para penyokong Anwar daripada memasuki perkarangan Kompleks Istana Kehakiman ketika perbicaraan mengenai kes liwat yang masuk hari keenam, Selasa.
PUTRAJAYA: Kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan hilang kawalan apabila mengugut untuk merempuh pagar keselamatan di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman di sini.


Malah kumpulan berkenaan dilihat melakukan provokasi dengan merapati pagar berkenaan yang dikawal ketat anggota polis.

Bagaimanapun anggota keselamatan dilihat tenang tanpa menghiraukan provokasi kumpulan itu.

Gagal dengan usaha provokasi untuk merempuh pagar keselamatan, kumpulan itu akhirnya bertindak merayu kepada angota polis supaya membenarkan mereka memasuki kawasan pekarangan kompleks mahkamah.

Kumpulan itu memberikan pelbagai alasan termasuk keadaan cuaca kononnya mereka perlu tempat berteduh jika hujan secara tiba-tiba walaupun ketika itu keadaan panas terik.

Ketua kumpulan itu yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam bagaimanapun menasihatkan mereka supaya mematuhi undang-undang dengan tidak merempuh pagar.

Artikel Lain