suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Terengganu Diminta Beri Pandangan Untuk Bajet Negeri

PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meminta rakyat negeri itu berkongsi idea dengan kerajaan negeri berhubung Bajet Terengganu 2015 yang akan dibentang pada Disember ini.

Beliau berkata rakyat boleh berbuat demikian bermula 1 hingga 7 November ini, menerusi laman sesawang www.terengganu.gov.

"Ini yang dinamakan inklusif iaitu kita membuat sesuatu pembangunan dalam negeri berdasarkan kepada keperluan dan kehendak rakyat.

"Kerajaan negeri mahu setiap agenda transformasi pembangunan negeri diambil cakna oleh segenap lapisan masyarakat dan setiap orang boleh terlibat dalam memastikan Terengganu mencapai tahap negeri maju pada 2020," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam 'Hala tuju Bajet Terengganu2015' pada Rabu malam.

Ahmad Razif turut memberi jaminan bajet itu akan memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat Terengganu serta disesuaikan dengan Bajet 2015 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lepas.

Artikel Lain