suria

Wanita Malaysia Ditahan Bersama 6 Jongkong Emas Di Dhaka

NEW DELHI: Seorang wanita rakyat Malaysia yang membawa enam jongkong emas ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa di lapangan terbang antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka di Bangladesh, menurut satu laporan.      

Bangladesh bdnews24.com melaporkan bahawa wanita 53 tahun itu ditahan apabila dia menggunakan laluan hijau sekitar tengah hari pada Selasa.      

Menurut laporan itu, beliau telah diperiksa selepas kelihatan mencurigakan daripada cara dia berjalan dan hasil pemeriksaan itu menunjukkan beliau membawa enam jongkong emas seberat satu kilogram.      

Laporan itu memetik Penolong Penguasa Batalion Polis Tentera Nur-e Alam Siddique sebagai berkata bahawa wanita itu datang ke Bangladesh menaiki penerbangan Malaysia Airlines pukul 11 pagi.      

"Dia tidak pernah datang ke Bangladesh sebelum ini, sesuai dengan butiran perjalanan dalam pasport beliau.

Beliau juga tidak fasih berbahasa Inggeris, jadi kami tidak dapat memastikan lagi destinasinya di Bangladesh," katanya.      

Tindakan undang-undang sedang dijalankan ke atas wanita itu, kata akhbar dalam talian yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam Jewela Khanam.

jongkong emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain