suria

Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pada Isnin mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan Sulu.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di keempat-empat kawasan perairan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Keadaan laut itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, JMM turut mengeluarkan amaran ribut petir di kawasan perairan Sabah iaitu di pantai barat dan pendalaman, serta Labuan yang dijangka berterusan sehingga Selasa.

Jabatan Meteorologi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain