suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Dua lagi Identiti Rakyat Malaysia Dikenalpasti

Jenazah Ariza dan anaknya Muhammad Afif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang 22 Ogos lalu.

BENTONG: Dua lagi identiti rakyat Malaysia dalam insiden penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dikenal pasti.

Kedua-dua itu adalah anak kepada kakitangan Shell Tambi Jiee, namun namanya masih belum disahkan.

Pengumuman lebih lanjut akan dibuat pada Isnin oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tambi Jiee, 49, turut terbunuh dalan insiden itu bersama dengan isterinya, Ariza Ghazalee,47, dan empat orang anak mereka - Muhammad Afruz,13, Marsha Azmeena,15, Muhammad Afzal,17, dan Muhammad Afif,19.

Jenazah Ariza dan Muhammad Afif antara mangsa terawal tiba di Malaysia  dari Amsterdam pada 22 Ogos lalu.

Liow berkata, pihaknya kini sedang membuat persediaan untuk membawa balik jenazah Tambi Jiee dan seorang mangsa bayi berusia setahun, Benjamin Lee Jian Han.

Bayi lelaki itu bersama ibunya, Ng Shi Ing,33 yang bertugas sebagai pensyarah Universiti Sabah dan ibu saudaranya Ng Lye Ti,30 berada dalam pesawat malang itu pada 17 Julai lalu.

Manakala jenazah Shi Ing dan Lye Ti telah dibawa pulang berasingan.

"Kami merancang untuk mebawa balik jenazah Tambi Jiee dan Lee pada Selasa ini," katanya sambil menambah jumlah 35 daripada 44 mangsa dari Malaysia telah dikenalpasti.

mh17, Tambi Jiee

Artikel Lain