suria

BAT Malaysia Umum Kenaikan Harga Rokok RM1 Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan semua harga rokok keluarannya sebanyak RM1, berkuat kuasa pada Isnin.

Kenaikan sebanyak seringgit itu berdasarkan jenis rokok keluaran BAT Malaysia.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataannya berkata, seperti syarikat lain, BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah.

BAT Malaysis, rokok naik harga, rm1

Artikel Lain