JPJ Lancar Operasi Khas Nombor Pendaftaran, Penggunaan 'Strobe Light' Mulai 1 Oktober - Semasa | mStar

JPJ Lancar Operasi Khas Nombor Pendaftaran, Penggunaan 'Strobe Light' Mulai 1 Oktober

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan diseluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan.  

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkatpertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November. 

"Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis," katanya.

Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul. 

Katanya sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarkan risalah spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.  

Ismail berkata pemeriksaan melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.  

"Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftaran yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftaran yang mengikut peraturan," katanya.   

Bagaimanapun mulai 1 November, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300. 

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut 'strobe light' dari kenderaan mereka. 

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatkan operasi penguatkuasaan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar. 

Kenderaan sedemikian bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi juga orang ramai, katanya.  

Sementara itu, Ismail berkata statistik kemalangan jalan raya mencatatkan sebanyak 6,915 kes kematian pada tahun 2013 dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 10,716 kes pada 2020 jika penguatkuasaan tidak dilakukan.  

Dengan penguatkuasaan itu, JPJ mensasarkan menjelang tahun berkenaan kadar kematian menurun kepada 5,300 kes, katanya.  

JPJ , nombor pendaftaran , strobe light

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

30 Petugas Khas PDRM Kembali Ke Ukraine

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain