suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Mahu Jawatan MB Selangor, Tapi Bukan Sekarang - Salahuddin

Salahuddin Ayub
SERDANG: Walaupun PAS mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor, tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk parti itu mengambil alih kerusi berkenaan.

Penegasan itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jangan berfikir kami tidak mahu melihat wakil PAS menjadi menteri besar...kami mahu. Ia adalah cita-cita kami.

"Tetapi sekarang bukan masanya. Kita akan berusaha ke arah itu," kata Salahuddin ketika ditemui di sini.

Salahuddin berkata PAS akan menyerahkan kepada pihak istana untuk membuat keputusan mengenai siapa bakal pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi kedudukan Menteri Besar Selangor.

"Kami menyerahkan perkara ini kepada sultan. Kami tidak akan meminta jawatan itu," katanya.
Salahuddin Ayub, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain