suria

Muktamar PAS Di Lokasi Berasingan

Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Masalah lokasi untuk mengadakan Muktamar PAS ke-60 menyebabkan perhimpunan tahunan parti itu terpaksa diadakan berasingan antara satu sama lain.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata,  muktamar bagi Dewan Pemuda PAS akan diadakan di Kota Tinggi, manakala Dewan Muslimat di Johor Bahru dan Dewan Ulama akan berlangsung di Kulai, Johor.

"Kita tidak ada sebuah dewan yang besar untuk semuanya diadakan di tempat sama.

"Muktamar penuh akan diadakan di Parit Raja, Batu Pahat dalam kawasan Parlimen Sri Gading," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Ahad.

Muktamar PAS kali ini dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 20 September.

Sebelum ini PAS merancang mengadakan muktamar di Sutera Mall, Johor Bahru namun pusat beli-belah itu menolak permohonan PAS atas alasan tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk berkumpul atau mengadakan aktiviti di kawasan tersebut.

The Star Online pada Rabu menerima sepucuk 'surat bocor' yang dialamatkan kepada PAS Johor dari Sutera Mall yang menyatakan mereka menamatkan sewa parti itu kerana gagal membayar baki bayaran sebanyak RM50,000, di bawah surat tawaran mengikut tarikh akhir yang ditetapkan sebelum 15 Ogos lalu.
Muktamar PAS ke-60, Mohamad Sabu, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain