suria

Calon MB: 'Jangan Serkap Jarang' - Hadi Awang

Hadi Awang
MARANG: PAS dilihat terus berteka-teki tentang isu calon menteri besar Selangor apabila Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan.

Ketika ditanya pemberita, Abdul Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama tiga calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada Istana kerana PAS berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan.

"Saya tak boleh sebut. Setelah saya serah pada Sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan Istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila di sini Jumaat.

Abdul Hadi turut enggan mengesahkan nama-nama yang dikatakan tiga calon yang dikemukakan PAS atau sama dua calon asal - Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - kekal dalam senarai seperti yang diputuskan PAS pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lepas.
Hadi Awang, calon MB Selangor

Artikel Lain