suria

Tumbuk Jurufoto Tindakan Biadap - MPPA

Aizuddin menahan kesakitan selepas ditumbuk ahli keluarga mangsa MH17, Selasa lalu.
KUALA LUMPUR: Tindakan ganas terhadap jurufoto, Mohd Aizuddin Akmal Saad yang ditumbuk ahli keluarga mangsa nahas MH17, Selasa lalu tidak boleh diterima dan dianggap biadap.

Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Zainal Abdul Halim berkata, jurufoto media tidak seharusnya menjadi sasaran untuk pihak tertentu melepaskan geram, sebaliknya mereka hanya menjalankan tugas merakamkan setiap kejadian.

Sehubungan itu, pihaknya memdesak supaya siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap individu yang menumbuk Aizuddin yang bertugas di New di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi.

"Jika pihak media diberitahu bahawa keluarga mangsa tidak mahu sebarang liputan, tentu kami tidak akan suka-suka buat liputan," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi mengenai kejadian ini bagi pihak persatuan, Khamis.

Ahli MPPA selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Khamis.

Zainal berkata, kejadian itu menyebabkan Aizuddin mengalami pendarahan dan patah hidung, manakala kamera yang digunakannya rosak.

Jelasnya lagi, sebagai presiden persatuan mewakili jurufoto media negara ini, pihaknya akan menyokong apa sahaja keputusan mangsa selepas ini.

"Siasatan masih dibuat dan bagi saya sebarang keputusan lanjut untuk membawa kes ini ke mahkamah terserah kepada mangsa.

"Tugas kami di persatuan memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya," tambahnya.

Menurut Zainal, masyarakat juga 'berkokok' mendesak pihak media diberi kebebasan membuat liputan tanpa sekatan.

"Mereka menuntut diberi kebebasan kepada media, lebih bebas daripada yang dinikmati sekarang.

"Malangnya mereka jugalah yang mengenakan sekatan kepada jurufoto media tertentu untuk membuat liputan secara bebas dan mereka ini  jugalah yang mengancam jurufoto media," katanya.

MPPA, tumbuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain