suria

Maxis Nafi Salah Laku Dalam Pembelian Kepentingan Aircel

KUALA LUMPUR: Maxis Communications Bhd (MCB) menafikan dakwaan bahawa syarikat telah memaksa pengendali telefon mudah alih India, Aircel Ltd, menjual kepentingannya pada 2006.

"MCB menyangkal dan menolak sebarang dakwaan salah laku dalam hal ini dan yakin tuduhan-tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali," kata MCB dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut syarikat itu, MCB akan melaksanakan semua remedi undang-undang yang ada memandangkan jelas kurangnya bukti kukuh.

Syarikat juga akan mendapatkan perlindungan perjanjian pelaburan antarabangsa, katanya.

Pada Jumaat lepas, Biro Siasatan Pusat India, memfailkan dakwaan dalam kes Maxis-Aircel terhadap empat individu, termasuk pemilik Maxis T Ananda Krishnan dan eksekutif kanannya, Ralph Marshall.

Mereka telah didakwa dengan tuduhan konspirasi jenayah dan pelbagai peruntukan Akta Pencegahan Rasuah, serta mendakwa bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran menggunakan pengaruhnya untuk membantu Ananda Krishnan memperoleh Aircel dengan dakwaan memaksa pemiliknya, Chinnakannan Sivasankaran.

Maxis, Ananda Krishnan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain