suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramalan Cuaca: Tiada Hujan di Sepang Pagi Ini

Suasana pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Cuaca di Sepang yang menjadi lokasi berlangsungnya majlis penghormatan mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, diramal tiada hujan pagi ini.

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman pada sebelah tengah hari dan tiada hujan pada sebelah malam.

Suhu di Sepang hari ini dijangka antara 25 darjah celsius dan 32 darjah celsius.

Sementara itu ramalan cuaca di bandar raya Kuala Lumpur dan Putrajaya juga sama seperti di Sepang dengan suhu antara 24 darjah celsius dan 33 darjah celsius.

Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, tetapi sehingga kini tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab.

Sebanyak 43 yang menaiki pesawat itu adalah warga Malaysia yang mana 20 jenazah akan tiba hari ini.
ramalan cuaca

Artikel Lain