suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongres PKR: Pertahan Kerjasama PAS Demi Masa Depan PR - Perwakilan Kedah

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP digesa supaya mempertahankan kerjasama dengan PAS demi kelangsungan dan masa depan politik dalam Pakatan Rakyat (PR).

Perwakilan Kedah, Mohd Ridhwan Razali berkata, ketiadaan PAS dalam PR hanya akan merugikan pakatan pembangkang itu, khususnya bagi merealisasikan impian untuk ke Putrajaya.

Ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK, beliau turut mencuri tumpuan apabila memberikan formula matematik yang menunjukkan PR akan musnah jika salah satu komponennya bertindak membawa haluan sendiri.

"Saya nak bagi formula mudah kalau salah satu daripada kita (PR) keluar. Tiga tolak satu bersamaan dengan kosong...kosong bukannya dua.

"Maknanya kalau salah satu daripada kita berpecah, tak ada siapa pun akan menang. Semua akan rugi," katanya di sini, Jumaat.

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, PKR-PAS-DAP menjalinkan kerjasama sebagai satu komponen dalaam PR.

Baru-baru ini, PR berhadapan krisis dalaman apabila wujud desas-desus bahawa PAS akan meninggalkan kerjasama politik bersama PKR dan DAP khususnya ketika krisis politik di Selangor.

Isu berkenaan timbul selepas satu mesej aplikasi Whatsapp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bocor yang mendedahkan wujud cadangan supaya PAS membawa haluan sendiri.

Sehubungan itu, PAS menerima kecaman hebat daripada PKR dan DAP yang mempertikaikan keikhlasan parti itu dalam PR.


PKR, DAP, PAS, politik, PR

Artikel Berikut

Artikel Lain