suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongres PKR: AMK Tafakur Untuk Tragedi MH17

Nik Nazmi (dua dari kiri) serta Azmin dan Shamsul Iskandar bertafakur bersama ahli AMK bagi menzahirkan rasa dukacita atas tragedi MH17 di Kongres PKR pada Jumaat.
SHAH ALAM: Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) menzahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap tragedi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

Seluruh anggota persidangan meluangkan masa selasa seminit untuk bertafakur bagi menghormati kepulangan 20 jenazah mangsa nahas tersebut.

Kira-kira pukul 11 pagi, semua perwakilan yang diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berdiri serta menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat.

Turut sama ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad.


AMK, MH17, tafakur

Artikel Lain