suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RTM Siar Secara Langsung Penghormatan Jenazah MH17

Raptai ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17.

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat ini.

RTM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu menjelaskan, siaran langsung majlis itu akan berlangsung pada pukul 7.30 pagi sehingga selesai upacara pengebumian.

Ia dapat ditonton menerusi saluran TV1.

Menurut kenyataan itu, siaran langsung berkenaan melibatkan upacara ketibaan jenazah dari Amsterdam, Belanda, diikuti upacara  penghantaran jenazah melalui udara ke negeri-negeri di luar Lembah Klang  dan jalan darat untuk  pengkebumian jenazah sekitar Lembah Klang.

“RTM sedaya upaya membawa siaran langsung atau lintas langsung upacara pengkebumian di sekitar Lembah Klang dan Kuching, Sarawak serta beberapa lokasi lain yang terlibat dengan upacara pengkebumian jenazah Islam dan bukan Islam,” kata kenyataan itu.

Selain itu, RTM juga akan mengadakan grandstand sebelum jenazah tiba.

Pengisiannya termasuk Laporan Khas mengenai Tragedi MH17, usaha diplomasi Malaysia untuk membolehkan semua  jenazah penumpang dan anak kapal warga Malaysia dibawa balik bagi tujuan pengebumian.

Stesen itu juga akan memaparkan maklumat terkini dari semasa ke semasa mengenai proses membawa pulang jenazah dengan mengadakan lintas langsung dari Amsterdam.

 

 

RTM, MH17

Artikel Lain