suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Penjawat Awam Antara 13 Yang Ditahan Beri Rasuah

KUANTAN: Sebanyak 13 individu ditahan di negeri ini atas kesalahan menawarkan rasuah kepada pihak berkuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari hingga Jun lepas.

Pemangku Pengarah Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Zainul Darus berkata daripada jumlah itu enam individu merupakan penjawat awam manakala tujuh lagi merupakan orang awam.

"Kesemua individu itu menghadapi 16 pertuduhan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan memberi atau menawarkan rasuah.

"Tujuh orang mengaku bersalah manakala enam lagi tidak mengaku salah dan minta dibicarakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, Rabu.

Sementara itu Zainul berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang awam bagi membantu menyalurkan maklumat untuk membanteras gejala rasuah daripada berleluasa.

"Saya percaya dengan kerjasama dan bantuan masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada SPRM dapat mengekang amalan pemberian rasuah ini," katanya.
Rasuah, SPRM

Artikel Lain