suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Bermasalah Milik Guru Terbakar, Bukan Dibakar Pelajar

BANTING: Kebakaran kereta milik seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang di sini Selasa adalah disebabkan litar pintas, bukan dibakar oleh pelajar seperti dilaporkan di laman sosial. 

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu yang membabitkan sebuah kereta, Proton Waja. 

"Pasukan bomba Banting bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat dan api dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Hampir keseluruhan kereta itu terbakar," katanya.
 
Pelajar dikatakan panik apabila menyangka guru pemilik kereta berkenaan rentung dalam kejadian itu. 

Pelajar, Sofiatul Hidayah Azman Naim, 18, ketika ditemui berkata kereta milik gurunya yang diletakkan di perkarangan sekolah itu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi Selasa.

"Seluruh pelajar kelas kami nampak kebakaran itu dan pada mulanya kami sangka cikgu kami berada dalam kereta itu sebelum sekumpulan pelajar lelaki bertindak memadamkan api menggunakan hos air berhampiran.

"Bagaimanapun, kami lega apabila dapat tahu cikgu tidak berada dalam kereta," katanya.

kebakaran, kereta guru

Artikel Lain