suria

Cadangan Bawa Mangsa Palestin Ke Malaysia

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
KAHERAH: Pihak penganjur misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza bercadang membawa lebih 100 mangsa Palestin ke Malaysia untuk rawatan.

Pasukan misi kini berada di Kaherah dan sedang menunggu pelepasan semua bekalan perubatan oleh kerajaan Mesir.

"Petuga-petugas Mesir hanya melakukan tugas mereka kerana mereka bimbang kita mungkin menyeludup barangan yang boleh ditukar kepada senjata, oleh itu mereka melakukan pemeriksaan," kata ketua misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata demikian selepas melawat Hospital Palestin di Kaherah pada Rabu dan bertemu sembilan mangsa Palestin yang dimasukkan ke wad perubatan di sana.

Mereka juga menyerahkan ventilator bernilai RM35,000 kepada hospital, yang disumbangkan oleh Institut Jantung Negara (IJN).
Gaza, Palestin

Artikel Lain