suria

Dua Lelaki Ditahan, Hasilkan & Jual Sijil Cuti Sakit Palsu

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki menghasilkan dan menjual sijil cuti sakit kepada pekerja dalam sektor awam dan swasta di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah ACP Azisman Alias ​​berkata, suspek pertama, seorang despatch berusia 22 tahun, ditahan sekitar 11 malam pada Rabu.

"Kami menahannya di rumahnya di Seksyen 19, di sini. 

"Dia mendakwa seorang lelaki berusia 32 tahun membekalkan kepadanya sijil cuti sakit palsu dan membawa polis ke sebuah rumah di Seksyen 18," katanya.

Azisman berkata polis menangkap pembekal sijil terbabit di rumah tersebut kira-kira pukul 1.45 pagi JUmaat. 

Kedua-dua lelaki ditahan sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

"Kami percaya terdapat saki-baki sindiket ini masih bebas. Mereka mungkin orang yang ditugaskan atau ejen yang diupah oleh pembekal untuk menjual sijil cuti sakit palsu.

"Kami mengesyaki bahawa sindiket itu mungkin telah beroperasi antara satu dan dua tahun.

"Mereka mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM20 kepada penjawat awam untuk setiap keping sijil cuti sakit manakala pekerja sektor swasta dikenakan bayaran RM15," katanya.

Azisman berkata perkara itu pertama kali dibawa ke pemerhatian oleh sarjan polis yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan salah satu daripada sijil cuti sakit yang diperiksa beliau. 

"Sarjan itu berunding dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengenai perkara itu dan mendapati bahawa pegawai perubatan yang mengeluarkan MC palsu itu tidak wujud.

"Kami sedang menyiasat sama ada pegawai-pegawai kami telah membeli sijil cuti sakit ini, dan jika ya, berapa banyak? 

"Kami mengambil serius perkara ini dan tindakan disiplin yang tegas akan diambil terhadap pesalah," katanya.
mc, sijil cuti sakit

Artikel Lain