suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Tidak Hasrat Tutup Facebook

Ahmad Shabery Cheek.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat menutup akaun Facebook, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, kerajaan mengambil pendekatan itu kerana lebih 15 juta pengguna di Malaysia mendaftar menggunakan Facebook.

"Ramai menggunakannya untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai komunikasi peribadi dan perniagaan secara dalam talian.

"Untuk mengharamkan laman sosial itu adalah sesuatu yang mustahil," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran syarikat kurier kos rendah, Redbox yang dibangunkan oleh AirAsia di sini Khamis.

Perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai Redbox, merupakan syarikat kurier kos rendah terbaharu yang menawarkan pelanggan penjimatan kos hingga 50 peratus. 

Shabery juga menegaskan bahawa pengharaman Facebook hanya cadangan daripada beberapa pihak sebagai usaha untuk menapis penyalahgunaan Internet.

"Kementerian setakat ini menerima lebih 2,000 laporan melibatkan penyalahgunaan Facebook dan apabila saya beritahu mereka kami sedang meneliti kes itu, mereka fikir kami mahu mengharamkan laman sosial itu," katanya.


Facebook, Ahmad Shabery Cheek

Artikel Lain