suria

1,000 Program Ihya' Ramadan Di Masjid, Surau Melaka

MELAKA: Seribu Program Ihya' Ramadan di 187 masjid dan 650 surau diatur sepanjang bulan puasa di surau dan masjid di seluruh negeri Melaka sebagai suatu wadah pengisian dan perkongsian maklumat serta ilmu.


Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kesemua program tersebut dibiayai melalui peruntukan berjumlah RM240,000 Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) negeri, Bank Islam, Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Program berkenaan membabitkan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri di Melaka," katanya selepas melancarkan program berkenaan di Masjid Nurul Hidayah Batu Berendam di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan.

Katanya, seramai 40 pegawai dan 56 pendakwah terlibat dalam program tersebut terdiri daripada pegawai JASA, Rumahku Syurgaku, Jaim, Jabatan Pelajaran dan pendakwah bebas.


Datuk Seri Idris Haron, masjid, Jasa

Artikel Berikut

Artikel Lain