suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MRT Corp Nafi Runtuhan Tanah Berkaitan Projek MRT

Kejadian runtuhan terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Rabu.
PETALING JAYA: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan kejadian runtuhan terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi pada Rabu mempunyai kaitan dengan projek MRT.

"MRT Corp tanpa ragu-ragu ingin menyatakan bahawa jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui lokasi itu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, Rabu.

MRT Corp menasihatkan pemandu supaya mengikut semua papan tanda lalulintas yang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari.

Menurut twitter Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu CityHall (ITIS) trafik dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi telah dialihkan ke Jalan Pudu manakala trafik dari Puduraya telah dialihkan ke Jalan Imbi.
MRT Corp, tanah runtuh, terowong

Artikel Lain