suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masjid Baharu Tidak Perlu Besar, Tetapi Perlu Berhawa Dingin - MB Terengganu

Ahmad Razif Abdul Rahman.
HULU TERENGGANU:  Masjid baharu yang dibina di Terengganu tidak perlu terlalu besar, tetapi mesti menyediakan sistem pendingin hawa bagi keselesaan jemaah, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. 

Menurutnya transformasi perlu dilakukan terhadap pembinaan masjid kerana menerusi pengalaman sebelum ini, masjid yang telah dibina kebanyakannya terlalu besar dan tidak ekonomik memandangkan semasa solat fardu hanya satu atau dua saf sahaja dipenuhi jemaah.

"Bagaimanapun jika hari-hari perayaan yang mempunyai ramai jemaah, masjid itu mestilah boleh dibuka atau diletakkan khemah supaya dapat menampung semua jemaah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan solat hajat dan majlis kesyukuran sempena dilantik sebagai menteri besar ke-14 di sini malam Sabtu.

Mengenai masjid Pekan Ajil yang dikatakan sudah tidak mampu menampung jemaah yang ramai, Ahmad Razif berkata walaupun kecil, tetapi masjid itu sangat sesuai bagi penduduk sekitarnya. 

Bagaimanapun beliau bersetuju agar masjid itu diubah suai sedikit supaya dapat menampung lebih ramai jemaah.

Artikel Lain