suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Shabery Mohon Maaf RTM Tiada Siaran Langsung Piala Thomas

Ahmad Shabery Cheek
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan siaran langsung pasukan Piala Thomas negara menumpaskan Indonesia malam Jumaat kerana hak penyiaran diperoleh syarikat televisyen swasta.

Beliau berkata RTM juga tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan negara dan Jepun esok kerana kos untuk siaran langsung melibatkan kos tinggi.

"Saya meminta maaf bagi pihak RTM kerana ramai pihak bersungut kerana tiada siaran langsung (di RTM malam tadi). Ini kerana hak penyiaran telah diambil stesen televisyen swasta.

"Kalau ingin (menyiarkan) kita (RTM) kena membayar mahal dan dalam soal ini, kita ada keperluan lain termasuk liputan siaran langsung semasa kejohanan Piala Dunia Brazil dan kos kandungan untuk sukan bukan murah, ia melibatkan berjuta-juta ringgit.

"Pada tawaran asal kos bernilai RM4 juta untuk menyiarkan (secara langsung) perlawanan itu (Piala Thomas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 di Lintasan Deasoka, di sini Sabtu.

Ahmad Shabery berkata RTM memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 selepas mengalahkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, malam tadi.
Esok, Malaysia akan bertemu Jepun yang melakar sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final.

Artikel Lain