suria

Kapal Tangki Terbakar Di Jeti Pulau Carey

KUALA LANGAT: Dua kru sebuah kapal tangki 'Hai Lee 5' yang membawa muatan minyak hitam cedera ringan selepas bahagian depan kapal itu terbakar dalam kejadian di Jeti Pulau Carey di sini, malam tadi (23 Mei).

Dalam kejadian pukul 7.06 malam itu, empat lagi kru kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada kotak fius dan pendawaian di dalam kapal itu.

Beliau berkata ketika kejadian, enam kru warga Indonesia berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun berada di atas kapal.

"Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 7.06 malam dan jentera pertama tiba pada 7.42 malam. Kebakaran berjaya dipadamkan oleh kru kapal lain yang berada berhampiran menggunakan empat unit alat pemadam api jenis 'dry powder'," katanya ketika dihubungi.

Mohd Sani berkata kru kapal yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan.
kapal tangki, Pulau Carey, Hai Lee 5

Artikel Lain