suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IBI Makin Berkesan Perangi Rasuah

Mohd Azam Baki. Foto RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI) memberi impak besar apabila 64 individu ditahan membabitkan RM10 juta nilai rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sepanjang tahun lalu.

Pengarah Bahagian Risikan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki berkata, bagi tahun ini pula sudah ada kes yang sedang dipantau menggunakan kaedah IBI.

"Tahun ini kita sudah ada kes yang diperhatikan. Kita perlu menjalankan persiapan awal," katanya selepas majlis penutup Kursus IBI di Akademi Pencegah Rasuah Malaysia (MACA) yang melibatkan 11 peserta mewakili enam negara.

Mengenai kes 2013, 64 orang yang ditahan itu telah dituduh ke mahkamah dan 95 peratus menghasilkan keputusan yang baik.

Mohd Azam berkata, kaedah ini terbukti berjaya menyelesaikan kes rasuah bersindiket dan berprofil tinggi.

"Kaedah ini dapat dilihat dalam operasi berprofil tinggi seperti Ops Lesen Terbang (2010), Ops Tok Bali (2013) dan Ops Tekong tahun ini membabitkan penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan penyelewengan diesel subsidi yang memberi kesan kepada negara.

Beliau berkata, kaedah yang digunakan ini unik dan jarang dipakai kecuali negara barat.

"Kaedah ini mula diperkenalkan pada 2000 dan aktif sejak 2008, tetapi ia belum tentu berhasil sekiranya tidak menggunakan teknik yang betul.

Sementara itu, kursus  lima hari ini melibatkan negara Thailand, Bhoswana, Kemboja, Timor Leste, Bhutan dan Fiji.

Artikel Lain