suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjenayah Asing Rancang Menculik Di Sabah - KPN

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah dari selatan Filipina dikesan dalam perancangan untuk melakukan penculikan, pencurian dan samun di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun ia merupakan maklumat awal namun pihaknya memandang serius perancangan tersebut yang mampu mengugat keselamatan masyarakat Sabah.

"Kita ada terima maklumat mengenai kumpulan penjenayah yang merancang hendak membuat penculikan atau merancang jenayah lain seperti mencuri, menyamun dan kita akan bersedia.

"Polis akan teliti setiap maklumat yang kita terima dan akan memeranginya agar keselamatan rakyat dan pelancong di pusat peranginan terjamin," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri simposium pencegahan jenayah daripada perspektif Islam di Pusat Islam Wilayah Persekutuan di sini.

Pada awal April lalu, dua wanita yang terdiri daripada warga China dan Filipina diculik oleh sekumpulan penjenayah bersenjata dipercayai daripada rangkaian pengganas Abu Sayyaf di Semporna.

Sebelum itu, pada 15 November tahun lalu turut berlaku kes tembak-menembak dan culik melibatkan warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna.

Semporna, Sabah, Filipina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain