suria

Pemain Golf Australia Batalkan Tiket Penerbangan MH370

Wayne Perske

MELBOURNE: Cabutan undian menyaksikan seorang pemain golf profesional Australia Wayne Perske menarik diri di saat-saat akhir daripada menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, lapor akhbar The Sydney Morning Herald.

Pemain berusia 39 tahun dan bapa kepada dua orang anak dari Brisbane itu sepatutnya menaiki pesawat tersebut dari Kuala Lumpur ke Beijing untuk menyertai kelayakan PGA China.

Namun semasa di Kuala Lumpur, dalam tempoh 24 jam sebelum berlepas, beliau diberitahu beliau diundi untuk terbang pada minggu kedua kelayakan, dan bukan di minggu pertama.

Beliau kemudiannya pulang ke Brisbane.

"Hampir-hampir menemui malang," katanya membuat Tweet pada 8 Mac, hari pesawat itu hilang.

Perske memberitahu radio 2UE di Sydney pagi ini beliau merasa sangat bertuah berada di rumah bersama keluarganya.

MH370, Australia, MAS

Artikel Lain