suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tiba Di Manila, Saksi Pemeteraian Damai MILF - Filipina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangan untuk berangkat ke Filipina di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Khamis. -fotoBERNAMA
MANILA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Khamis untuk menyaksikan peristiwa bersejarah pemeteraian Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro yang akan mengakhiri konflik selama berdekad antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ketibaan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Pangkalan Udara Villamor, Pasay City pada 1 tengah hari disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kanan kerajaan Malaysia dan Filipina.

Malaysia dan Filipina dalam zon waktu yang sama.

Perdana Menteri dijadual menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bersama-sama Presiden Filipina Benigno Aquino III sebelum menghadiri jamuan malam yang dihoskan oleh Aquino di Istana Malacanang.

Najib dan Rosmah dijadual berlepas pulang ke tanah air malam ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain