suria

Serpihan Patut Berada Dalam Kawasan Imej Dirakam

Tony Abbott.
PETALING JAYA: Imej serpihan mungkin dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang yang dirakam pada Ahad mungkin dihanyutkan tidak jauh dari tempat asal imej tersebut diambil, kata bekas Ketua Jabatan Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim Malaysia, Datuk Kapten Jaffar Lamri.

Beliau menjelaskan objek yang terapung cenderung untuk tidak bergerak banyak di atas permukaan laut.

"Jika ia terapung, ia berada tidak jauh dari lokasi serpihan itu dikesan.

"Ia mungkin berada dalam kawasan imej itu dirakamkan," katanya.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott (gambar) berkata, dua objek mungkin ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370 dikesan oleh satelit di selatan Lautan Hindi.

Menurut Abbott, maklumat 'baharu dan kukuh' itu diperoleh hampir dua minggu selepas pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang dari radar.

"Misi mencari serpihan pesawat itu merupakan cerita berbeza dan ia boleh mengambil masa yang lama," kata Kapten Jaffar.

"Sekurang-kurangnya mencari serpihan pesawat itu adalah satu permulaan," katanya.

Artikel Lain