suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesemua Mayat Remaja Lemas Ditemui

Beberapa anggota Penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berehat selepas menyelam dalam usaha mencari remaja lemas di sungai Muar, Buluh Kasap berhampiran kuari menyedut pasir di Segamat, Sabtu. Seramai tiga remaja lagi yang lemas masih belum dijumpai manakala tiga daripadanya ditemui pada operasi menyelamat pada Jumaat. -fotoBERNAMA

SEGAMAT: Kesemua mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini ditemui apabila tiga lagi mayat dijumpai pada kira-kira pukul 2.45 petang Sabtu.

Tiga mayat itu ialah Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izoan Hakimis Amin, 13 dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, ditemui serentak pada kira-kira jam 2.45 petang.

Mayat dua lagi remaja, Mohd Nazreen Zainal, 14, ditemui sekitar pukul 1.45 petang manakala Mohd Shafiq Md Shukor, 16, ditemui kira-kira 10 minit kemudian.

Lapan remaja dilaporkan hilang pada Jumaat selepas salah seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh ke dalam sungai dan selebihnya mahu menyelamatkannya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berjaya menemui tiga mayat pada hari kejadian.

Artikel Lain