suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 Mangsa Terperangkap Dalam Terowong Binaan Sendiri

KOTA KINABALU: Tindakan empat lelaki membina terowong bawah tanah di Kampung Lintang Baru, Lawas dekat sini membawa padah apabila mereka dikhuatiri tertimbus pada pukul 10.30 pagi Isnin.

Nasib keempat-empat mangsa untuk hidup kini bergantung kepada misi gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat.

Operasi SAR yang diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan, Rary Benji masih dijalankan bagi mengesan mereka yang terperangkap.

Selain itu, pihak berkuasa turut melakukan siasatan mengenai identiti mangsa termasuk keadaan terowong yang dibina.

Usaha menyelamat mangsa mungkin tercabar sekiranya tiada pihak yang dapat membantu memberikan maklumat mengenai terowong berkenaan.

Artikel Lain