1 Maut, 11 Cedera Dalam Kemalangan di Melaka

MELAKA: Seorang warga emas maut manakala 11 termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Raya AMJ (Air Keroh-Melaka-Jasin) dekat Bukit Lintang di sini, awal pagi Isnin.

Musa Tahir, 62, maut di tempat kejadian akibat patah tulang belakang dan rusuk dalam kemalangan kira-kira 1.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata ketika kejadian, kenderaan jenis Perodua Alza dinaiki Musa bersama anak perempuan berusia 28 tahun dan dua lagi ahli keluarganya sedang dalam perjalanan dari bandaraya Melaka menuju ke Muar, Johor.

"Dua buah kereta jenis Toyota Altis dan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan dipercayai bergesel sebelum kereta Toyota Altis tersebut terbabas ke kanan jalan lalu merempuh kenderaan dinaiki mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Manakala Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun bersama enam penumpang pula terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.

Salehhudin berkata akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza, seorang lelaki berusia 27 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 58 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata anak perempuan Musa hanya cedera ringan.

Katanya pemandu Toyota Altis, seorang lelaki berusia 20 tahun serta pemandu Proton Saga bersama tiga penumpang wanita dan tiga kanak-kanak perempuan berumur tiga hingga tujuh tahun, kesemuanya hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 20-an, berkata ketika kejadian, dia menaiki sebuah kenderaan lain dan berada di belakang kenderaan dinaiki mangsa.

Katanya kesemua mereka baru pulang bercuti dari Cameron Highlands dan singgah menghantar saudara di Taman Perkota di sini sebelum pulang ke Muar.

Amy berkata kereta jenis Proton Persona yang dinaikinya bagaimanapun sempat mengelak daripada terlibat dalam kemalangan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain