suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syukur Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat - PM

Najib Tun Razak.
Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana kira-kira 1,300 pelajar Malaysia yang ditaja Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir, berada dalam keadaan selamat dan tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pengajian mereka di negara bergolak itu.

Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa mendoakan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia walau di mana mereka berada.

"Utamakanlah keselamatan diri serta jauhilah sebarang konflik," katanya dalam entri terbaharu beliau di laman sosial Facebook pada Jumaat sebagai mengulas status Bernama Radio24 yang memaparkan berita berkenaan.

Pada Khamis, Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang boleh membahayakan keselamatan pelajar Malaysia dilaporkan berlaku di Mesir.

Pada 24 Januari lepas, tiga letupan bom menggegarkan Kaherah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain